UNTUK SAHABAT DARI NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA PEMBAYARAN BARANG BOLEH DILAKUKAN MELALUI WESTERN UNION DAN PAKET DIKIRIM MELALUI EMS NATIONAL COURIER

Contact:
Admin Blog
Hp: 0138842498
Whatapps: 0138833342

Monday, December 14, 2009

Syiling lama 1891


ketika melewati kubur lama disebuah tempat di pedalaman, kaki saya telah tersepak sesuatu objek berwarna hitam. Setelah diamati, rupa2nya ia siling lama Britih North Borneo keluaran tahun 1891. Sayangnya ditebuk ditengah2 :) Kalau nak buat lah tawaran. Walaupun dah ditebuk di tengah tapi masih antik ni :)

Sunday, December 13, 2009

Keris Kembar Kersinasari berdiri terbalik tanpa sarung

Keris ini telah berusia 360 tahun! Pemilik asal adalah seorang kiyai yg telah berumur lebih dari 1 abad. Keunikannya ia boleh berdiri terbalik tanpa sarung dan berbau harum. Dipercayai berkhasiat untuk menarik rezeki, kelancaran usaha/urusan, penjaga rumah dan lain2. Kerap kali dipinjam utk "tarik". Maharnya tidak kurang dari RM5k.

keris2 lama


Gemstone From Heaven!

Batu ini dinamakan berlian serai kerana pancarannya seperti berlian. Telah didapatkan oleh teman secara mistik. Khasiatnya utk pemanis,pelaris dan tuah. Lihat sahaja keindahannya, kalau diletak dibawh terik matahari, pelangi pun muncul!


Yg ini adalah geliga ibu serai. Juga didapat oleh teman secara mistik. Pancaran warna atau bias cahayanya amat mengkagumkan. Macam delima mirah pun ada! Saiznya pula sangat besar. Lebih besar dari duit 50 sen.

video

Lihatlah keindahan pancaran cahaya berlian serai ini. Perhatikan pembentukan pelanginya. Masa digambar matahari agak redup. Kalau time matahari terik lagi luarbiasa kilauannya!

Batu Obat Misteri

Pemilik asal batu ini adalah seorang nenek dari suku kaum murut. Beliau telah mendapatkan batu ini secara mistik. Telah digunakan oleh beliau dalam pengobatan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin. kalau berminat dengan batu ini, sila hubungi saya dan buat penawaran.

( *pemilik asal iatu nenek, sudah meninggal)

Geliga Helang


Batu ini dijumpai didalam sarang burung helang dan bukan mudah utk mendapatkannya.pemilik asal adalah seorang yg berbangsa bugis yang kini berusia dalam lingkungan 90tahun. Asalnya benda ini tidak dijual oleh pemilik asal tapi akhirnya terpaksa digadai kerna kecemasan. Khasitatnya banyak terutamanya digunakan dalam judi sabung ayam. antara lain Digunakan dalam bisnes, digunakan dalam pengobatan dan penarik tuah. Kalau berminat, sila offer tawaran anda dan hubungi saya. Kalau tawarannya cocok akan dilepas.

Friday, December 11, 2009

Tulang Duyung

Berkhasiat utk pemanis, pengasihan dan pelaris. Maharnya rm250 sebentuk.

Wednesday, December 2, 2009

keris unik lama


Keris ini didadapat dari seorang tua yang mahir dalam ilmu kebatinan. Pernah digunakan beberapa kali oleh individu tertentu untuk proses "tarik". Bnyak keistimewaannya. Biarlah yang betul2 berminat sahaja yg tahu. Tengok sahaja keindahan pamornya, nilai seninya, nilai sejarah nilai antik dan nilai mistiknya. Dianggarkan telah berusia 200 tahun lebih dan telah pernah dibawa berperang. Untuk yang serius berminat maharnya RM3000.

Tuesday, December 1, 2009

Istimewa


Sejak akhir2 ini saya telah menebus banyak barang dari beberapa guru. Modal pun dah habis dan masih ada barang yang menarik lagi yang nak ditebus. Oleh kerana saya masih ada MD yang satu lagi dalam simpanan maka MD muda yang telah diikat emas 916 9.41 crt ini ingin dimahar segera kepada sesiapa yang minat dengan Mahar RM6666 Nett. Dah kira murah lah tu bro. Tak akan rugi orang yang menebus barang ni. Dengan izin tuhan Telah banyak membantu saya selama ini, kalo ikutkan hati sayang juga nak pindah milik benda ni. Dijaga oleh 2 kadam, puteri dan seorang tua. Saya akan beritahu cara jaga dan amalannya kepada yang serius berminat sahaja.